ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 8. Perlantikan sementara.

Jika sekiranya seseorang ahli Majlis tiada di dalam Negeri atau uzur untuk sementara, maka Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah melantik seorang ahli sebagai gantinya untuk sementara, tetapi perlantikan sementara itu akan tamat apabila ahli yang tempatnya diganti itu menyembah kenyataan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui Yang Dipertua yang dia telah bersedia untuk meneruskan kewajipannya sebagai ahli Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.