ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 12. Kuasa bagi penyiasatan.

(1) Mana-mana pegawai diberikuasa hendaklah mempunyai kuasa bagi menyiasat perbuatan melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Setiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai diberikuasa untuk memberi apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain yang berhubung dengan perbuatan melakukan suatu kesalahan itu yang adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu atau menyerahkan dokumen atau artikel lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.