ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 230. Rekod rayuan.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak seksyen 228 dan 229 atau Mahkamah yang mendengar rayuan telah membenarkan pihak merayu untuk merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang dikehendaki salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-
(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam Borang 33 yang ditetapkan.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana dokumen yang menjadi ekshibit adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari semua pihak kepada rayuan itu supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan, jika bayaran yang tersebut di dalam seksyen 228 (5) tidak mencukupi, Pendaftar hendaklah setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.