ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah.
(1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -
(a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Yang di-Pertuan Agong; atau
(b) mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.