ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 245. Tak berperaturan.

(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana seksyen atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan prosiding itu kecuali Mahkamah memerintah sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas kehendaknya atau atas permohonan mana-mana pihak megenepikan prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tidak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya dengan atas syarat yang difikirkan patut.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah dalam prosiding dengan mengetahui akan ketidak berperaturan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.