ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
DOKUMEN AWAM



Seksyen 59. Salinan dokumen awam diperakui.

Tiap-tiap pegawai awam yang ada dalam simpanannya sesuatu dokumen awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan dokumen itu apabila fee di sisi undang-undang baginya dibayar, bersama dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia salinan yang benar bagi dokumen itu atau sebahagian daripadanya, mengikut mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan diperakui.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.