ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 52. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubungan dengan perlakuan sesuatu kesalahan, hendaklah diberi kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan jika diberikan secara lisan, hendaklah dibuat secara bertulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibacakan kepada pemberi maklumat itu.

(2) Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 5 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan hendaklah disimpan oleh pegawai itu, yang hendaklah mencatatkan tarikh dan waktu maklumat itu diberi, dan sama ada diberi secara bertulis atau dibuat secara bertulis seperti yang disebut terdahulu hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberi maklumat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.