ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 19. Poligami.

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Kadi, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu hanya boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Melaka seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Melaka dan perkahwinan di luar Negeri Melaka seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Melaka.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuashati bahawa-



(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subsekyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah maskahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(7) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Melaka di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.