ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 37. Kuasa Majlis untuk mengeluarkan fatwa.

(1) Majlis boleh mengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa perkara atau rukun Undang-Undang Islam atau atas apa-apa perkara mengenai amalan agama Islam:
(2) (a) Sebaik sahaja menerima permintaan di bawah subseksyen (1)(b), Setiausaha hendaklah segera mengemukakan permintaan itu kepada Mufti yang, jika berpuas hati bahawa fatwa yang diminta itu adalah berkaitan dengan perkara mengenai Undang-Undang Islam atau amalan agama Islam yang menarik minat atau menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat Islam di dalam Negeri atau mana-mana bahagian daripadanya, akan menyebabkan dijalankan suatu kajian atau penyelidikan mengenai isu yang dibangkitkan dan fatwa yang dicadangkan diminta itu, untuk membolehkan Lembaga Fatwa menimbangteliti mengenainya.
(3) (a) Sekiranya Majlis memutuskan, sama ada atas daya usahanya sendiri atau menurut suatu permintaan yang dibuat oleh seseorang mengikut subseksyen (1)(b), bahawa sesuatu fatwa patut dikeluarkan, maka Majlis hendaklah, melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, menghantar keputusannya itu kepada Yang di-Pertua Negeri untuk mendapat persetujuannya.
(4) Sebaik sahaja persetujuan Yang di-Pertua Negeri didapati mengenai pengeluaran fatwa, Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta dan berikutan dengan itu, fatwa itu hendaklah, mulai tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan Warta, mengikati semua orang Islam di dalam Negeri.

(5) (a) Sesuatu fatwa hendaklah mulai tarikh yang disebut dalam subseksyen (4) diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri sebagai konklusif mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.