ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN IV - AM



Seksyen 26. Pertukaran nama Mahkamah Kadi.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini, semua Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang jawatan Kadi hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang jawatan Kadi Besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, dianggap sebagai Ketua Hakim Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.