ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Memanggil balik saksi-saksi apabila pertuduhan itu diubah.

Apabila sesuatu pertuduhan telah diubah atau ditambah oleh Mahkamah selepas daripada bermulanya pembicaraan itu, maka pihak pendakwaan dan orang yang dituduh hendaklah dibenarkan memanggil atau menyaman balik dan memeriksa mana-mana juga saksi yang telah diperiksa dan boleh juga memanggil mana-mana keterangan mustahak selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.