ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XVIII - DARIHAL PEMBEBASAN ATAU SABITAN DAHULU



Seksyen 132. Akuan pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Akuan suatu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dibuat sama ada secara lisan atau secara bertulis dengan bermaksud bahawa tertuduh itu tidak boleh dibicarakan menurut seksyen 131 Kanun ini.

(2) Akuan sedemikian bolehlah dibuat bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi isu yang ditimbulkan oleh akuan itu hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum isu-isu yang ditimbulkan oleh akuan lain itu dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.