ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 125. Pembelaan.

(1) Mana-mana pihak kena tuntut boleh memasukkan pembelaan bertulis, dan hendaklah dalam keadaan demikian menyampaikan kepada Mahkamah satu salinannya bagi tiap-tiap pihak yang menuntut, dan Mahkamah hendaklah menyebabkan supaya ianya diserahkan kepada mereka.

(2) Jika pihak kena tuntut telah tidak memasukkan satu pembelaan pada masa mula-mula dia hadir dan tidak mahu berbuat demikian tetapi ingin mempertahankan tuntutan itu, Mahkamah hendaklah menyelidik secara lisan alasan-alasan pembelaannya, dan dia tidak boleh selepas itu menimbulkan alasan-alasan pembelaan yang lain dengan tiada kebenaran Mahkamah.

(3) Jika pihak kena tuntut hendak memasukkan pembelaan, Mahkamah hendaklah menetapkan satu tempoh masa dalam mana dia hendaklah berbuat demikian, yang lazimnya hendaklah tiada kurang daripada tujuh hari sebelum perbicaraan.

(4) Jika pihak kena tuntut itu hendak membangkitkan perkara-perkara dengan cara tuntutan balas, Mahkamah boleh sama ada membenarkan dia berbuat demikian, atau mengarahkannya memfailkan prosiding berasingan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.