ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 48. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan tugasnya dari bidangkuasa asalnya.

(2) (a) Bila suatu rayuan dari suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan dari mana-mana pihak memberi kebenaran bagi memutuskan dengan sendirinya mengenai mana-mana soalan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.