ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 116. Memberi sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang pihak yang satu lagi itu telah diberi notis supaya mengemukakan, dan dokumen itu adalah dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya dikemukakan itu, maka pihak itu adalah terpaksa memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya itu menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu adalah relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.