ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 45. Pelantikan Ketua Hakim Syarie.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia
--
(a)
seorang warganegara; dan
(b)
selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadhi atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula.
(3) Orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.