ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 98. Pemindahan kes-kes.

Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan Hakim Syarie yang di dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding bahawa ada apa-apa sebab yang kes itu, pada pendapat Hakim Syarie tersebut, patut dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, yang lebih tinggi daripada bidang kuasanya, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka Hakim Syarie hendaklah memberhentikan prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi itu dan hendaklah merekodkan perintah mengenai prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.