ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 95. Bila orang boleh dipertuduh bersama-sama.

Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama atau apabla seseorang yang dituduh kerana melakukan sesuatu kesalahan dan yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama, maka mereka boleh dipertuduhkan dan dibicara bersama-sama atau berasingan sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, dan peruntukan yang terkandung dalam Bahagian yang terdahulu dalam Bab ini hendaklah dipakai kepada semua pertuduhan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.