ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai fakta persoalan dan qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak mengenai mana-mana fakta lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan sesiapa memberi keterangan mengenai sesuatu fakta yang ia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan acara mal.

MISALAN

A dituduh memukul B isterinya dengan tongkat dengan niat hendak menyeksanya.

Dalam pembicaraan A, fakta yang berikut adalah menjadi soal:

A memukul B dengan tongkat itu.

A menyakiti B dengan pukulan itu dengan niat hendak menyeksa B.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.