ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
IQRAR



Seksyen 18. Syarat Iqrar.

(1) Pembuat Iqrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukkan sebaliknya. Iqrar berikut adalah tidak layak diterima-
(3) Iqrar seorang kanak-kanak Mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan urusan orangramai hendakalah dianggap sebagai Iqrar seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan Iqrar itu hendaklah diterima sebagai sah.

Huraian: Iqrar oleh kanak-kanak tersebut yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orangramai hendaklah dianggap seorang dewasa dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan urusan seperti hutang, amanah, 'ariyah, mudharabah, ghash dan sebagainya, akan tetapi tidak diterima di dalam urusan seperti mahr, jinayat (kesalahan yang boleh didenda) dan kifalah (keselamatan).

(4) Pihak yang mendapat faedah dari Iqrar tidaklah disyaratkan seorang yang adil dan baligh.

Huraian: Jika seseorang pembuat Iqrar berkata sesuatu benda atau harta itu adalah bagi faedah seseorang kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz. Iqrarnya itu adalah layak diterima dan pembuat Iqrar itu adalah terikat dengan iqrarnya

(5) Sesuatu Iqrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat Iqrar hendaklah terdiri dari orang yang tidak ditahan dari menguruskan hartanya (Mahjur 'alaih).

(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman hudud.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.