ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
Seksyen 50. Keterangan tak asal.
Keterangan tak asal adalah termasuk-
(
a
)
salinan-salinan yang diperakui menurut peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(
b
)
salinan-salinan yang dibuat daripada naskah asal dengan jalan proses mesin, yang sendirinya adalah mempastikan tepatnya salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
(
c
)
salinan-salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;
(
d
) naskah-naskah bertimbal suratan terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
(
e
)
keterangan-keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu suratan yang diberi oleh seseorang yang telah melihat sendiri suratan itu.
MISALAN-MISALAN
(
a
) Sesuatu gambarfoto bagi naskah asal adalah keterangan tak asal mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan naskah asal itu tidak dibandingkan jika sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah digambarfoto itu adalah naskah asal.
(
b
)
Sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin menyalin adalah keterangan tak asal mengenai kandungan surat itu jika sekiranya dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin menyalin itu telah dibuat dengan naskah asal.
(
c
)
Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan dan yang kemudiannya dibandingkan dengan naskah asal adalah keterangan tak asal, akan tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan naskah asal itu bukanlah keterangan tak asal mengenai naskah asalnya walaupun salinan yang daripadanya ia telah dibandingkan dengan naskah asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.