ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXIII - PERINTAH MENGENAI HARTA



Seksyen 183. Perintah perlindungan.

(1) Dalam mana-mana tindakan mengenai kontrak atau untuk pemulangan mana-mana harta alih jika tuntutan pihak menuntut telah dibuktikan secara prima facie dan pihak kena tuntut mempunyai pembelaan atau menuntut lien, Mahkamah boleh membuat perintah penyerahan, perlindungan atau penjagaan mana-mana harta alih yang menjadi perkara pertikaian, atau pembayaran kepada Mahkamah apa-apa jumlah yang dipertikaikan, atau kedua-duanya seperti yang difikir patut.

(2) Seksyen ini hendaklah dipakai
mutatis mutandis kepada tuntutbalas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.