ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

Enakmen ini bolehlah dinamakan Kanun Jenayah Syariah 1985, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahuan dalam Warta bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau bahagian-bahagian yang berlainan dalam Kanun ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.