ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXIX - WANG, KUMPULANWANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 219. Pelaburan.

(1) Apa-apa wang di dalam Mahkamah boleh diperintah untuk dilaburkan dan hendaklah disimpan di dalam mana-mana bank di atas nama tajuk perbicaraan dan orang yang berhak menerima kumpulanwang itu.

(2) Mahkamah dibenarkan membuka lebih dari satu akaun mengenai perbicaraan yang sama tetapi sesuatu akaun itu hendaklah dikhaskan untuk kumpulanwang seorang sahaja kecuali jika orang yang berkenaan itu berhak bersesama dengan orang lain kepada kumpulan wang itu.

(3) Bayaran keluar tidak boleh dibuat tanpa perintah Mahkamah tetapi perintah bayaran keluar ini boleh memperuntukkan bayaran tempoh.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.