ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 139. Penyitaan dan penjualan.
Apabila perlaksanaan diperintahkan dengan cara penyitaan dan penjualan-
(
a
) (i) tertakluk kepada peruntukan selepas ini, bailif hendaklah mengambil harta itu supaya disimpan dalam jagaannya;
(ii) jika harta itu terdiri daripada syer, saham atau debentur yang tidak boleh dipindahkan melalui penyerahan, dalam mana-mana pinjaman atau kumpulan wang, bailif hendaklah menyampaikan kepada pihak berkuasa mengikut mana-mana yang berkenaan suatu salinan perintah perlaksanaan bersama dengan kenyataan yang mencukupi mengenai jenis syer, saham atau debentur yang disita itu dan satu notis dalam borang yang ditetapkan. Pindahmilik harta tersebut tidak boleh didaftarkan kecuali dengan izin Mahkamah, dan apa-apa dividen mengenainya hendaklah dibayar kepada Mahkamah sehingga Mahkamah membuat perintah sebaliknya atau membenarkan pemindahan mengenainya;
(
b
) selepas harta itu disita apa-apa penberian milik atau pelupusan harta yang disita itu, kecuali dengan izin Mahkamah hendaklah menjadi batal, dan perbuatan itu adalah suatu penghinaan terhadap Mahkamah;
(
c
) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh meminta bailif supaya melepaskan mana-mana harta yang ditentukan dan pelepasan tersebut tidak boleh dianggap sebagai pengguguran perlaksanaan itu keseluruhannya;
(
d
) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh menggugurkan perlaksanaan itu dan bailif hendaklah kemudiannya mengembalikan perintah perlaksanaan itu kepada Mahkamah;
(
e
) bailif hendaklah, melainkan harta yang disita itu berupa wang, meneruskan penjualan mengikut peruntukan Bahagian ini;
(
f
) bailif hendaklah selepas daripada perlaksanaan membuat perkembalian kepada perlaksanaan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.