ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 151. Hukum Syarak hendaklah dipakai bila tidak ada pilihan.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat mana ianya berlawanan.

(2) Mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.