ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XII
Cara Mengambil dan Mencatatkan Keterangan dalam Perbicaraan



Seksyen 115. Mentafsirkan keterangan kepada yang dituduh.

(1) Apabila mana-mana keterangan diberi dalam bahasa atau isyarat yang tidak boleh difahami oleh orang yang dituduh itu, dan dia sendir hadir, keterangan itu hendaklah ditafsirkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang ia boleh fahami.

(2) Apabila dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian, maka ia hendaklah bergantung kepada budibicara Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat mana yang difikirkan mustahak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.