ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 89. Susunan pengemukakan dan pemeriksaan saksi.

Susunan bagaimana saksi-saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawal selia oleh undang-undang dan amalan yang pada masa itu berhubungan dengan prosedur mal dan jenayah masing-masingnya, dan sekiranya tiada undang-undang sedemikian, menurut budibicara Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.