ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 122. Rujuk.

(1) Mana-mana suami yang telah melafazkan rujuk akan bekas isterinya kepada nikahnya yang dahulu hendaklah melapurkan kepada Pendaftar di dalam tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dengan mengisi Borang tertentu kecuali ada sebab-sebab yang munasabah yang tidak dapat dielakkan.

(2) Kedua-dua suami dan isteri hendaklah hadir di hadapan Pendaftar bagi siasatan dan pengesahan dan Pendaftar hendaklah mendaftarkan rujuk ini mengikut peruntukan Enakmen ini.

(3) Sesiapa yang cuai dan tidak melapurkan kepada Pendaftar perkara rujuknya lebih daripada tempoh yang diberikan adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah peruntukan Enakmen ini.

(4) Suami yang melafadzkan rujuk tanpa persetujuan atau keridhaan bekas isterinya adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit. Mahkamah tidak bertanggungjawab di atas tuntutan taat kepada suami yang melakukan perkara rujuk tanpa persetujuan atau keridhaan isteri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.