ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya.

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Johor.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.