ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 43. Bila waran geledah boleh dikeluarkan.

(1) Jika-

Mahkamah boleh mengeluarkan suatu waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut sebagaimana diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini.

(2) Sesuatu waran geledah hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama yang disebutkan namanya di dalarn waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan sesuatu waran geledah boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negeri dan kepada lain-lain pegawai polis yang disebutkan namanya di dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.