ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 4 TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN



Seksyen 16. Tuntutan atau pembelaan lisan.

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak peruntukan-peruntukan Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.

(3) Apabila menerima rekod yang tersebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah-

(4) Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.