ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 145. Perakuan dan akibat.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memperakukan penghakimannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana pendapat, hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah direkodkan atau dijatuhkan.

(2) Jika sesuatu rayuan itu tidak ditolak, perakuan itu hendaklah menyebut alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah membuat perintah yang selaras dengan penghakiman atau perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda supaya selaras dengannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.