ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM
Seksyen 22. Pemberhentian tindakan.
Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak-
(a) jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Undang-Undang Islam, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan(c);
(b) jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut Undang-Undang Islam, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat;
(c) dalam hal kematian selepas perbicaraan tamat tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.