ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Sebanyak mana kenyataan dikehendaki dibuktikan



Seksyen 27. Keterangan yang dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian daripada percakapan, suratan, buku atau siri surat atau kertas.

Apabila sesuatu kenyataan yang keterangan mengenainya diberi ialah sebahagian daripada suatu kenyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada percakapannya, atau sebahagian daripada suatu suratan yang terasing atau ada terkandung dalam suratan yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian daripada siri surat atau kertas yang berhubung, maka keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak sahaja daripada kenyataan, percakapan, suratan, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam kes berkenaan itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah kenyataan itu dan juga tentang keadaan dalam mana kenyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.