ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN II - AM



Sekyen 5. Proses Mahkamah.

(1) Proses yang dikeluarkan oleh Mahkamah hendaklah mengandungi meteri dan tandatangan pegawai yang diberi kuasa.

(2) Semua saman, waran, perintah, peraturan, notis dan sebarang proses sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan ataupun dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berkuasa mengenai sesuatu hal atau perkara di dalam bidangkuasanya hendaklah mempunyai kuasa dan kesan yang penuh dan boleh diserahkan atau dilaksanakan di mana-mana di dalam Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.