ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 134. Prosedur untuk rayuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 132 dan 133, mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang telah dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di dalam satu kes atau perkara jenayah ke Mahkamah Tinggi Syariah terhadap keputusan, hukuman atau perintah berkenaan atas apa-apa kekhilafan undang-undang atau fakta atau atas kadar hukuman yang dikatakan berlebihan beratnya atau mana-mana hukuman yang dikatakan tidak memadai, dengan menyerah simpan rayuan itu dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh keputusan, hukuman atau perintah berkenaan dikeluarkan atau dibuat, dengan memberi notis rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah berkenaan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi satu alamat di mana notis atau dokumen berhubung dengan rayuan boleh disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya.

(3) Apabila satu notis rayuan telah diserah simpan maka Mahkamah Rendah Syariah yang menerima notis rayuan itu hendaklah membuat satu salinan alasan keputusan yang bertandatangan di dalam kes itu dan menyampaikannya kepada perayu atau Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebutkan di dalam notis rayuan atau menghantarkannya dengan pos berdaftar ke alamat perayu yang diberi.

(4) Dalam tempoh sepuluh hari selepas alasan keputusan telah disampaikan seperti yang diperuntukkan di dalam subseksyen (3), perayu hendaklah menyerah simpanan kepada Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu diadakan satu petisyen rayuan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(5) Jika perayu di dalam tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) untuk menyerah simpan notis rayuan memohon satu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh Hakim semasa perbicaraannya, ia hendaklah menyerah simpan petisyen rayuan seperti yang diperuntukkan di dalam subsekyen (4) -

mengikut mana-mana tempoh yang lebih panjang.

(6) Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi keputusan yang dirayu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai undang-undang atau fakta mengenainya rayuan terhadap hukuman Mahkamah yang mana dikatakan telah silap.

(7)
(8) Jika sesuatu petisyen rayuan tidak diserah simpan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Mahkamah yang menjalankan perbicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika penangguhan perlaksanaan mana-mana hukuman atau perintah telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh menghadkan atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah oleh seksyen 136.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.