ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 54. Pembelaan.

(1) Jika pihak kena tuntut ingin membela seluruh atau sebahagian dari tuntutan itu ia hendaklah, tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh pemulangan saman itu atau dalam tempoh masa lanjutan dan atas syarat-syarat yang dibenarkan oleh Mahkamah, memfail dan menyebab disampaikan atas tiap-tiap pihak menuntut suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan.

(2) Jika pihak kena tuntut ingin membuat tuntutbalas ia hendaklah memfail dan menyebab disampaikan kepada tiap-tiap pihak menuntut dalam tempoh masa yang sama suatu tuntutbalas, yang boleh menjadi sebahagian daripada dokumen yang sama dengan pembelaannya, jika ada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.