ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXIX - KUASA PENDAFTAR DAN KADI



Seksyen 208. Rujuk dan ubah perintah.

(1) Pendaftar boleh mengikut budibicaranya merujuk kepada Mahkamah untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah Bahagian ini atau sebaliknya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Bahagian ini atau sebaliknya boleh diketepikan atau diubah oleh Mahkamah, sama ada atas usulnya sendiri atau menurut permohonan mana-mana orang yang terlibat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana patut:

Dengan syarat bahawa, kecuali untuk sebab yang istimewa, Mahkamah tidaklah boleh menimbang mana-mana permohonan tersebut kecuali jikalau dibuat dalam tempoh empat hari selepas pemohon mengetahui perintah atau keputusan yang diadukan itu:

Dengan syarat lagi bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguh apa-apa prosiding yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Mahkamah yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa tindakan yang telah dibuat dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.