ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 15. Perjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat yang diadakan sebegitu kerap dan hendaklah dijalankan dengan keputusan lebih suara ahli-ahli yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Keputusan bertulis yang ditandatangani oleh semua ahli Majlis hendaklah, kecuali di dalam hal-hal tertentu atau jenis-jenis tertentu Duli Yang Maha Mulia Sultan mengarahkan sebaliknya, mempunyai kesan yang sama seperti keputusan yang telah diluluskan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.