ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 4. Penubuhan Majlis

(1) Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Negeri Sembilan” untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen yang terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Tiap-tiap hak, kuasa, kewajipan dan liabiliti yang sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini terletak hak atau dipertanggungkan pada Majlis yang terdahulu hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan liabiliti itu tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Tiap-tiap jenis harta, alih atau tak alih, yang sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini terletak hak pada Majlis yang terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa, terletak hak pada Majlis tanpa dipindahhakkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.