ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 109. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan.

Dalam perkara-perkara amalan dan acara dalam pembicaraan mal, yang tidak nyata diperuntukkan di dalam Enakmen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, Mahkamah boleh memakai suatu acara yang difikirkannya patut untuk mengelakkan ketidakadilan dan menyelesaikan perkara-perkara yang menjadi soal di antara pihak-pihak itu, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna apa yang tersebut sebelum itu, memakai amalan dan acara yang sekarang berkuatkuasa di dalam Mahkamah Rendah dalam pembicaraan-pembicaraan mal tetapi tidaklah terpaksa mengikutnya dengan tepat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.