ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 154. Penyata kepada perintah.

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang 18 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sesudah sahaja ia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah serah satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman.

(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, vaucer, atau lain-lain dokumen mengenai pelaksanaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.