ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 192. Merekodkan keterangan di dalam ketidakhadiran orang yang dituduh.

Jika dibuktikan bahawa orang yang dituduh telah tidak menghadirkan diri dan tidak ada harapan untuk menangkapnya serta merta, Mahkamah yang kompeten membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan boleh, di dalam ketidakhadirannya, memeriksa saksi-saksi (jika ada) bagi pihak pendakwa dan merekodkan keterangan mereka. Mana-mana deposisi tersebut boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan di dalam perbicaraan di atas kesalahan yang dituduh, jika deponen itu telah mati atau tidak berupaya memberi keterangan atau kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelambatan, perbelanjaan atau kesusahan di mana memandangkan hal-keadaan kes adalah tidak munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.