ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 73. Saman untuk memberi keterangan atau menunjukkan dokumen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Mahkamah boleh mengeluarkan saman kepada sesiapa untuk memberi keterangan atau menunjukkan dokumen yang ada di dalam simpanan atau kuasanya. Tiap-tiap saman seperti itu hendaklah diserahkan kepada orang itu sendiri dan mana-mana orang yang menerima saman itu samada orang Islam atau bukan Islam adalah terikat supaya mematuhinya.

(2) Mahkamah itu boleh sebelum mengeluarkan saman, memerintahkan pembayaran elaun perjalanan dan elaun makan yang berpatutan kepada mana-mana saksi jika ia tinggal lima batu atau lebih daripada Bangunan Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.