ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 39. Kumpulanwang.

(1) Pungutan Zakat dan Fitrah itu hendaklah di dalam semua hal menurut syarat-syarat Hukum Syarak dan Majlis hendaklah menyimpan segala harta-harta yang dipungut dalam satu kumpulanwang iaitu "Kumpulanwang Amanah Zakat dan Fitrah" (kemudian daripada ini disebutkan sebagai "Kumpulanwang") yang dikelola oleh Majlis.

(2) Semua harta-harta yang diterima oleh Majlis bagi Kumpulanwang hendaklah disimpan dengan selamatnya mengikut cara-cara yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Seksyen ini, Kumpulanwang adalah di bawah jagaan dan kawalan Majlis, dan hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.