ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Sebanyak Mana Pernyataan Dikehendaki Dibuktikan



Seksyen 27. Apa keterangan dikehendaki diberi apabila pernyataan ialah sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas.

Apabila apa-apa pernyataan, yang keterangan mengenainya diberi, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada sesuatu buku atau sebahagian daripada siri surat atau kertas yang berkaitan,maka keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan kesan pernyataan itu dan juga hal keadaan dalam mana pernyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.