ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 88. Masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan.

(1) Bagi maksud Enakmen ini, masjid yang diisytiharkan di bawah subseksyen (2), dan tiada yang selainnya, adalah masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke semasa, mengisytiharkan melalui pemberitahuan dalam
Warta, masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.