ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah memutuskan bila soalan-soalan boleh ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan guaman atau pembicaraan itu, kecuali setakat yang menyentuh kebenaran saksi itu dengan mencemarkan wataknya, maka Mahkamah hendaklah menentukan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, sekiranya difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, memberitahu kepada saksi itu bahawa ia tidaklah terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budibicaranya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian atas perkara-perkara yang berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.