ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2- PERINTAH INTERIM



Seksyen 199. Penahanan, pemeliharaan, dsb. hal perkara kausa atau perkara.

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, pemeliharaan atau penjagaan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu, atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta sedemikian dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijamin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.